Sila Klik

Isnin, 23 Ogos 2010

Dengan RM2 buka puasa di Malaysia Negara Ku


 
Dengan hanya RM2 pelanggan boleh menikmati tiga jenis lauk dan makan sepuasnya. 
Ketika adanya aduan bahawa harga makanan dan juadah berbuka puasa mula naik di kebanyakan tempat, di restoran Malaysia Negara Ku di Shah Alam, anda boleh makan sepuas-puasnya dengan hanya membayar RM2.  

Syaratnya, pelanggan perlu menunjukkan kad pengenalan sebagai bukti mereka adalah warganegara Malaysia.  

Dengan harga RM2 seorang, pelanggan boleh menikmati nasi putih dengan tiga atau empat jenis lauk dan segelas air.  
Restoran Malaysia Negara Ku beroperasi di Seksyen 7, memulakan operasinya sejak hari pertama Ramadan.  

Pengurus restoran, Azahar Samat, konsep restoran Malaysia Negara Ku sebenarnya adalah untuk memberikan pendidikan kepada masyarakat tentang amalan kebersihan diamalkan serta semangat cintakan negara.

Konsep:
1. Pelanggan perlu menunjukkan kad pengenalan sebagai bukti mereka adalah warganegara..
2. Layan Diri.
 
3. Selepas selesai makan, pelanggan perlu membasuh pinggan yang mereka gunakan.
 

Konsep restoran Malaysia Negara Ku lebih kepada tempat makan, bukan restoran.
Ini kerana semuanya dilayan sama sahaja tiada siapa yang istimewa.  

2 ulasan: